Beli Teh O Ais Dapat Udang, Serik Nak Makan Di Kedai Sama

Selalunya kebanyakan kes yang dilaporkan terjumpa benda-benda asing di dalam makanan seperti lipas dan lalat, tetapi lain pula yang ditemui oleh pemuda apabila terdapat seekor udang tanpa kepada dalam bungkusan teh o ais yang dibeli di sebuah kedai makan di Negeri Sembilan.

Foto Teh O Ais ‘udang’ itu dimuat naik oleh Iqbal Sheikh Ali menerusi Twiter dan menjadi perhatian ramai netizen  yang meluahkan rasa geli dan jijik.

Memetik laporan mStar, Iqbal memberitahu dia sudah banyak kali mengunjungi kedai makan tersebut yang terletak di Nilai. Bagaimanapun, selepas insiden tersebut dia memberitahu tidak akan ke kedai makan itu lagi.

“Sebelum ni dah tiga atau empat kali saya beli makanan kat situ, tak ada apa-apa masalah. Tapi pada hari kejadian, saya suruh kawan bungkus makanan dan minuman dari kedai tu, untuk kami makan kat rumah saya.

“Masa tengah buka plastik air baru saya perasan ada udang dalam teh o ais yang saya kirim. Memang geli, jadi saya buang sahaja. Lepas kejadian tu, saya memang serik dan mungkin tak akan pergi makan kat kedai tu lagi,” ujarnya.

Bagaimanapun, Iqbal tidak mahu memperbesarkan hal tersebut memandangkan dia mengenali pemilik kedai berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian tersebut beberapa netizen turut berkongsikan pengalaman mereka yang hampir sama.

sumber vitdaily