Antara hidup dan mati’ – Status terakhir remaja maut dipatuk ular peliharaan

Baru-baru ini, viral gambar seorang remaja lelaki di media sosial yang dilaporkan telah meninggal dunia akibat dipatuk ular berbisa.

Dalam laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku di Bokongsoan, Indonesia, di mana remaja yang dikenali sebagai Syahril itu membela ular tedung selar sebagai haiwan kesayangan sejak beberapa bulan lalu sebagai hobi.

Malangnya hobi remaja itu membawa padah apabila Syahril telah dipatuk reptilia itu dan meninggal dunia pada Rabu lalu selepas dirawat di hospital.

Gambar-gambar mangsa dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Nindi Sari yang memaklumkan Syahril meninggal dunia selepas tangannya dipatuk ular berbisa itu.

“Hati-hati, sekiranya tiada pengalaman jangan sesekali membela ular tedung selar,” katanya yang turut memuat naik gambar Syahril memegang dan mencium kepala ular tedung selar yang besar.

Sebelum meninggal dunia, Syahril juga sempat memuat naik gambar tangannya dipatuk ular berkenaan di status aplikasi WhatsApp dengan kapsyen, ‘Antara hidup dan mati’.

Difahamkan, doktor gagal menyelamatkan Syahril dan remaja itu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *