Anggota Polis Hamil 9 Bulan Ditemui Mati Bersendirian, Akibat Pendarahan Otak

Gua Musang : Apa yang berlaku amat tragis dan mengundang pilu arwah Siti Khalijah Zainal Abidin, 30, temui ajal bersendirian ketika berada dirumah nya di kuarters perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan pada Khamis lalu.

Arwah yang sedang sarat mengadung anak yang keduanya mengalami komplikasi  penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis ini mungkin dugaan untuk nya semasa mengandung.

Arwah selalu mengadu tidak sihat kepada rakan-rakan setugas dan dia tidak sabar untuk mula bercuti di mentakab Pahang untuk bersalin anak keduanya.

Tidak disangka lagi 8 hari lagi arwah dijangka bersalin pada 9 febuari arwah telah pergi buat selamanya dijemput ilahi.

Apa yang paling memilukan bayi perempuan dalam kandunganya jika tidak dapat diselamatkan turut dijemput ajal kerana ibu meninggal selepas 12 jam baru ditemui jasad nya.

Akhbar melaporkan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang sarat mengandung dipercayai meninggal dunia lebih 12 jam sebelum ditemui rakannya.

Mangsa, Siti Khalijah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak sebelah kanan dan kandungan berusia 9 bulan juga turut maut.

Difahamkan mangsa yang turut menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis dijangka bersalin pada 9 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mangsa yang terlantar tidak sedarkan diri daripada seorang anggota polis wanita berusia 30 tahun yang juga teman serumahnya sekitar pukul 8 malam.

Katanya, arwah ketika itu tidak bertugas kerana cuti dan tinggal berseorangan di rumah, manakala  temannya pulang ke rumah keluarga di Kota Bharu.

Pada pukul 8 malam teman serumahnya telah pulang dan mengetuk pintu beberapa kali namun tiada respons daripada arwah.

Setelah pintu berjaya dibuka, arwah dilihat terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai ruang tamu.

Hasil laporan perubatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak.

Menurut Mohd. Taufik, jenazah telah dibawa ke Hospital Gua Musang sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu bagi tujuan bedah siasat.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di kampung halaman ibunya di Mentakab, Pahang.

Arwah sudah bertugas di IPD Gua Musang hampir 10 tahun turut meninggalkan seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun dan suami yang juga seorang anggota polis. Al fatihah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *