Aliff Syukri Tawarkan Bantuan Siapa Yang Memerlukan Bantuan- Nombor Telefon Disertakan- Boleh Hubungi?

INI bukan dalam filem atau khayalan, tetapi jutawan terlajak laris Aliff Syukri menawarkan diri untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan, sejak 1 Jun lalu.

Dalam facebooknya pada dua hari lalu, sekali lagi beliau menulis: “Sy melihat respon lebih dr 3000org yg memberi komen dr org ramai khususnya rakyat malaysia yg inginkan bantuan dr saya..

saya dengan senang hati ingin memilih beberapa pihak yang memerlukn bantuan saya.. Mengikut kriteria yg spatutnya diberi bantuan..”

Mungkin agaknya wang tajaan RM30 juta yang ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Kedah boleh disalurkan untuk memberi bantuan kepada orang ramai.

Jika RM10,000 diberikan kepada 3,000 yang membuat permohonanan, baru habis RM30,000 dan ini tidak menjejaskan sedikit pun wang jutawan muda itu.

Siapa yang inginkan bantuan, boleh terus hubungi dan maklumkan mengapa dan sebb anda anda layak diberi bantuan oleh saya..,” tulisnya lagi.

Begitupun, beliau mahukan memberi kepada mereka yang sepatutnya dibantu, bukan kepada orang yang tidak perlu dibantu.

Sekiranya saya rasa sssiapa yg betul2 memerlukan bantuan, insyaAllah saya akan cuba untuk membantu dengan memberikan bantuan kepada pelajar,janda,asnaf dan mereka yg memerlukan..,” tulisnya.

.

Utk maklumat lanjut hubungi pejabat Alif Syukri di talian 03-61562037, pihaknya akan memilih mereka yang betul2 memerlukan dan pihaknya akan memulakan misi ini pada 14hb -16 Jun 2016 ..

Biasanya orang kaya yang nak membantu akan dikenakan syarat, tetapi jutawan anak Kedah ini hanya mahukan: “Sy tak minta lebih dr anda smua .. Sy hanya minta Share kan dan tag kepada org yg memerlukan utk saya bantu mereka megurangkan beban yg tanggung..,” tulisnya.

SUMBER

LAGI PERTOLONGAN DATO ALIFF ..

ALIFF SYUKRI TAMPIL BANTU INTAN-

‘INSYAALLAH SAYA AKAN TOLONG AWAK’

Baru saja dimuat naik sejam yang lalu, namun sokongan netizen terhadap usaha pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri yang mahu membantu isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh, menerima pelbagai reaksi positif.

Dalam kenyataannya itu, Aliff Syukri berkata dia akan membantu Intan agar lebih yakin melalui kehidupannya di masa akan datang.

“Sabarlah, insyaAllah saya akan tolong awak okay? Sabar.

Siapa sokong ibu ini, tolong komen di bawah (ruangan komen). Kalau ramai yang komen ‘I sokong’ lebih dari 1,000 orang, insyaAllah saya akan usahakan untuk beliau menjadi lebih yakin melalui kehidupan di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, netizen turut memanjatkan rasa bersyukur kerana Aliff Syukri sudi membantu Intan yang dilaporkan bakal diceraikan oleh suaminya atas alasan sudah tiada hati untuk terus bersama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *