Akibat Syiling Bocor Rumah Alif Syukri kerugian besar apabila perabot dan katil berjenama yang baru dibeli, rosak.

SILING di ruang tamu dan bilik di istana milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengalami kebocoran, semalam.

Akibatnya, pengasas jenama D’Herbs ini mengalami kerugian besar apabila perabot dan katil berjenama yang baru dibeli, rosak.

“Saya sangat frust, rumah itu baru saja buat. Memang belum siap sepenuhnya, tapi saya dah pindah masuk sejak dua minggu lalu.

Bila jadi kejadian ini, menangis saya. Rugi tu taklah, tapi semua perabot itu saya baru saja beli. Jadi, memang terasalah,” katanya pada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, menurutnya, kejadian mengejutkan itu berlaku ketika sedang beristirehat di rumahnya.

Saya tengah baring main handphone dan Facebook, tiba-tiba saya terkejut bila terdengar bunyi yang kuat.

Tiba-tiba saja air turun macam air terjun dan ia buat saya panik sebab saya tak tahu suis utama air.

Sebabkan rumah ini yang terlalu besar, sampai tak ada orang yang nak tolong saya.  Last-last saya hanya jerit meminta bantuan,” katanya.

Mengakui kecewa, selebriti berusia 31 tahun ini bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Saya pun tak boleh nak salahkan sesiapa.  Lagipun, rumah saya sangat besar dan ramai kontraktor yang terlibat,” katanya.

Susulan itu, Aliff Syukri sedang dalam proses membuat tuntutan insurans berhubung perkara tersebut.

Pada masa sama, pelantun lagu Abang Nak Tegur ini juga enggan mengambil pusing dengan kata-kata yang dilemparkan netizen.

Masyarakat hari ini hanya pandai mengecam, sedangkan mereka tak berada di tempat saya.

Tapi saya tak salahkan mereka, cuma saya akui sangat terkejut dan sedih bila perkara ini berlaku,” katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *