5 Fasa Kehidupan Manusia Sebelum Kiamat, Dan Kita Berada Di Fasa Terakhir, Bersediakah Kita

5 FASA KEHIDUPAN UMAT NABI MUHAMMAD SAW

Umat Nabi Muhammad SAW akan mengalami 5 fasa atau zaman mengikut kerangka masa sebelum berlakunya kiamat.Fasa atau zaman ini bermula daripada perutusan kenabian baginda ketika berumur 40 tahun.

FASA 1 : ZAMAN KENABIAN

Iaitu zaman ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup.Pada zaman ini,Rasulullah SAW sendiri yang menjadi pemimpin masyarakat dan negara.

Baginda memegang dua bentuk kekuasaan, kekuasaan agama dan kekuasaan dunia.

Sebagai pemimpin agama,baginda menerima syariat (wahyu) dari Allah S.W.T.Manakala sebagai pemimpin dunia (politik),baginda melaksanakan syariat itu.Zaman ini telah pun berlalu.

FASA 2: ZAMAN KHILAFAH (KHILAFAH ‘ALA MINHAJ AN-NUBUWWAH)

Iaitu zaman pemerintahan khulafa al-rashidin.Pada zaman ini,umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa’ Rashidin iaitu Abu Bakar Al-Siddiq,Umar Al-Khattab,Usman bin Affan dan Ali bin Abu Talib.Zaman ini juga sudah berlalu. Tempoh pemerintahan mereka selama 30 tahun.

FASA 3: ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN YG MENGGIGIT (MULKAN ‘ADHAN)

Iaitu zaman di mana kuasa dipegang dalam kalangan keturunan mereka sahaja (sistem monarki). Pada zaman ini kerajaan seperti Umayyah,Abassiyah dan Uthmaniyah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki.Zaman ini berakhir apabila tumbangnya kerajaan Uthmaniyah pada 3hb Mac 1924.

FASA 4: ZAMAN PEMERINTAHAN PEMIMPIN YG SOMBONG (MULKAN JABARIYYAN)

Iaitu pada zaman sekarang.Pada zaman ini, umat islam akan ditindas.Di zaman ini juga tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar kiamat akan berlaku.Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah.Ianya fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia yakni fitnah Dajjal.

FASA 5: ZAMAN KHILAFAH (KHILAFAH ‘ALA MINHAJ AN-NUBUWWAH)

Iaitu zaman yang mengikuti jejak kenabian. Ulama mengatakan ianya zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa AS.

Wallahu a’lam bis Sawab

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *