19 Barang Yang Mempuyai Tarikh Luput DI Dalam Rumah

Perkongsian daripada Impiana kali ini memberitahu anda 20 barangan yang perlu anda tahu akan tarikh luputnya. Mungkin ramai diantara kita yang selama ini tak ambil kisah, tapi artikel ini WAJIB baca sebagai rujukan untuk masa akan datang. Penting tau ni! Antaranya adalah:

1. Bantal – Luput Antara 2-3 Tahun
Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda. Walau mahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.

2. Selipar – Luput Dalam Masa 6 Bulan Sahaja
Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus. Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak. Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.

3. Span Mandi – Luput Dalam Masa 2 Minggu Sahaja
Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi. Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.

4. Tuala – Luput Antara 1-3 Tahun
Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteri tetap tidak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru.

5. Berus Gigi – Luput Dalam Masa 3 Bulan Sahaja
Ini mesti ramai yang buat kan? Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali atau setelah anda baik daripada batuk atau selesema. Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi menguasai berus gigi anda.

6. Hydrogen Peroxide – Luput Dalam Masa 2 Bulan Sahaja
Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan didalamnya akan aktif. Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada tempoh 1 tahun.

7. Sikat Rambut – Luput Dalam Masa 1 Tahun Sahaja
Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.

8. Minyak Wangi – Luput Antara 3-4 Tahun
EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara. Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

9. Puting Bayi – Luput Dalam Masa 2-5 Minggu Sahaja
Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

10. Child Car Seat – Luput Antara 6-10 Tahun
Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span. Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

11. Bra – Luput Antara 1-2 Tahun
Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

12. Kasut Sukan – Luput Sebaik Struktur Berubah
Related image
13. Rempah-ratus – Luput Antara 1-3 Tahun
Rempah-ratus seperti kayu manis, lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun. Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

14. Tepung – Luput Dalam Masa 6-12 Bulan
Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu).

15. Pemadam Kebakaran – Luput Dalam Masa 15 Bulan
Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.

16. Penyambung Elektrik – Luput Antara 1-2 Tahun

17. Penyembur Pembasmi Kuman – Luput Dalam Masa 3 Bulan
18. Pencegah Nyamuk – Luput Dalam Masa 2 Tahun
19. Power Soket – Luput Dalam Masa 4-5 Tahun

Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

Sumber : www.penmerahpress.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *